AKU TAK FAHAM KENAPA

banyak perkara yang kita lalui hari-hari akan buat kita berfikir kenapa ia terjadi..
bila kita tak dpt fikir jawapannya, itu maksudnya kita tak faham perkara tu..maka, akan terkeluarlah pertanyaan berbunyi "aku tak faham kenapa.."

tadi siang aku ada tanya sorang laki ni, "aku tak faham la kenapa lelaki ego"..dia jawab mungkin itu dah sebahagian dari diri diorg..lelaki perlu utk ego..dia sendiri mengaku dia ego..
lagi aku tanya "aku tak faham kenapa orang gaji kecik boleh pakai kereta mewah"..dia jawab mungkin orang tu berpegang pada prinsip biar papa asal bergaya..mcm2 lg la jawapan dia..

aku bukan nak ambik kesah sgt jawapan dia..cuma nak dia faham konteks ayat "aku tak faham kenapa" tu..bila aku cakap aku tak faham kenapa, maka dia akan cuba terangkan dan beri pendapat pasal perkara tu..sebenarnya frasa ini adalah ayat pertanyaan secara tak langsung yang tak memerlukan tanda tanya (?) di belakangnya..hebat kan ayat ni..ia sebenarnya pertanyaan yang memaksa orang lain berfikir..

aku tak faham kenapa aku agak peka dengan ayat ni sekarang..dalam tv, drama2, perbualan harian dan perbualan org lain..dan aku perasan semua orang pun selalu cakap diorang tak faham kenapa sesuatu tu berlaku..contohnya "aku tak faham kenapa jalan jem teruk tadi".. "aku tak faham kenapa toilet rumah ni cepat sangat kotor".. "aku tak faham kenapa tikus suka datang rumah ni"..haha..em..macam2 la benda yang sukar difahami..

seminggu dua ni aku kerap sangat dengar keluhan kawan2 ofis. macam2 la masalah diorang ni..bila sorang dua je yang mengeluh aku tak hairan..tapi sebab ramai yang mengeluh, maka ia membuatkan aku mula tak faham..

memang banyak benda sukar difahami di sekeliling kita ni..tapi tak semua perkara tak boleh dijelaskan sebab dan musababnya..bila kita tak faham, kita jangan malu bertanya..
konteks ayat aku tak faham kenapa ni boleh digunakan sebagai ayat ganti bagi soalan2 yang ada tanda tanya tu..aku tak tanya "kenapa ramai yang dah mula tak puas hati dgn ofis?" tapi aku cakap "aku tak faham la kenapa ramai yg dah mula tak puas hati dgn ofis"..maka, ada la orang yang memahamkan aku..sekarang aku dah faham.

ada lagi benda yang aku tak faham ni..aku tak faham kenapa aku tulis benda ni..haha..
sebenarnya aku tak suka menulis karangan..jadi, aku betul2 tak faham kenapa aku buat blog..huahaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bismillah..

Salam dan Bismillah..
permulaan bicara bagi semua cerita..
mataku bukan matamu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS